Oleh Mohd Nasri Zakariah.
KUALA LUMPUR 1 Sept – “Memang ada hukum membolehkan orang bukan Islam memasuki masjid atau surau tetapi dengan syarat serta tertib dan adab untuk mengetahui Islam,” kata Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurutnya, kesucian masjid atau surau perlu diperlihara kerana ia adalah tempat penyatuan umat,beribadah, mempelajari serta menimba ilmu dan tempat mendapat tunjuk ajar mengenai keindahan Islam bukannya untuk mendapat kepentingan politik.
“Tetapi hari ini, nafsu sudah mendahului hukum dan matlamat untuk menghalalkan cara untuk politik semata-mata tanpa memikirkan sensitiviti orang lain,“ katanya kepada UMNO-online. read more